Murai Batu ‘King’ – Bahagian 1 : Polygamous Alpha Male.

Seperti mana manusia, burung murai batu bukan sahaja memiliki perwatakan yang berbeza – beza, malah memiliki rupa paras dan struktur fizikal yang berbeza – beza dari satu individu kepada individu yang lain. Disebabkan wujudnya perbezaan struktur fizikal dan perwatakan ini, burung murai batu dihabitat asalnya juga, sudah semestinya memiliki kemampuan dan kehebatan yang berbeza – beza.

Murai Batu Bengkulu (3)
Alpha Male.

Persoalannya sekarang, bagaimana mahu menentukan kehebatan seekor murai batu jantan (di habitat asal mahupun dalam peliharaan) berbanding murai – murai batu jantan yang lain dengan cara yang lebih tepat?.

Untuk menjawab persoalan ini, karakter murai batu dihabitat asalnya perlu dirujuk terlebih dahulu, dan seperti mana yang diketahui umum, Murai batu adalah spesis burung territorial yang bersaing sesama sendiri untuk menawan dan mempertahankan kawasan serta bersaing untuk merebut atau menarik minat pasangan betina. Persaingan ini, berada pada tahap kemuncaknya semasa musim mengawan.

Dan ‘hadiah’ utama dalam persaingan ini adalah ‘kawasan’ dan ‘pasangan’. Justeru itu, ‘kawasan’ dan pasangan, adalah penanda aras yang paling tepat untuk membeza banding kehebatan dan kemantapan murai – murai batu jantan.

“Karakter jantan alpha sebegini, adalah salah satu faktor utama kenapa ahli – ahli ornithologist cenderung mengkelaskan murai batu sebagai spesis yang monogamous”

Untuk pemundul – pemundul (penangkap burung) yang berpengalaman dan sentiasa peka dengan karakter murai batu jantan kepala putih (copsychus stricklandii) yang mereka jadikan ‘mangsa’, sudah pastinya pernah berhadapan dengan murai – murai jantan yang memiliki karakter dominan yang mengawal selia kawasan jajahan (territori) berkeluasan besar dan menjadikan berbilang betina yang memiliki kawasan sendiri (yang juga merupakan sub – territori kawasan tawanannya) sebagai pasangannya.

Dan sudah pasti mereka tahu dan amat menghargai kecantikan struktur fizikal murai jantan sebegitu yang selalunya tampak perkasa bila memperaga aksi visual (chai) dan menghargai kemantapan sudut vokal atau kicauannya yang lebih kuat, bervariasi dan bertonaliti.

“Polygamous Alpha Male” adalah terma yang digunakan untuk merujuk kepada murai batu jantan dominan yang sebegitu, yang mengawal dan mempertahankan kawasan tawanan (territory) yang berkeluasan besar yang terdiri daripada beberapa ‘sub – territory’ yang diselia sendiri oleh MB – MB betina yang dijadikan pasangannya.

Disebabkan betina – betina pasangan jantan alpha ini menyelia sendiri dan kekal berada dalam sub – territori masing – masing (tapi masih dalam kawalan jantan alpha), amat jarang sekali jantan alpha kelihatan terbang serentak bersama kesemua pasangannya, tapi lebih cenderung kelihatan seperti jantan monogamous yang hanya berpasangan dengan satu MB betina, lebih – lebih lagi jantan alpha cenderung untuk ‘meronda’ setiap sub – territori secara bergilir – gilir.

Karakter jantan alpha sebegini, adalah salah satu faktor utama kenapa ahli – ahli ornithologist cenderung mengkelaskan murai batu sebagai spesis yang monogamous, sedangkan pada hakikatnya, mereka juga sedar akan sifat polygamous yang dimiliki oleh murai batu jantan yang berstatus alpha. peratus bilangan jantan alpha polygamous di satu -satu kawasan amat – amatlah kecil berbanding peratus bilangan jantan monogamous, dan ini juga, adalah salah satu faktor utama kenapa murai batu secara umumya dilabel sebagai spesis yang monogamous.

Jantan alpha yang berjaya mengawal dan mempertahankan territorinya (termasuk kesemua sub – sub teritori pasangan – pasangan betinanya), sudah semestinya adalah murai jantan yang sentiasa berjaya menepis saingan mahupun mengagalkan pencerobohan dan cubaan menawan kawasan dan pasangannya daripada jantan – jantan penceroboh yang cuba menyaingi kawalan keatas territorinya.

Apa yang pasti, untuk membolehkan jantan alpha kekal berterusan berjaya mempertahankan pasangannya dan juga berjaya mengekalkan penguasaan pada teritorinya, jantan alpha sudah semestinya diperlengkapkan dengan kelebihan dan kehebatan dari sudut vokal (kicauan), aksi visual (chai), stamina dan daya juang yang tinggi berbanding murai – murai jantan yang lain.

Dan jika dinilai daripada struktur fizikal MB Alpha, segala ciri Рciri struktur fizikalnya (leher panjang, kepala besar, paha, betis dan jari jemari panjang, badan dan sayap panjang dll), seperti dicipta khas bersesuaian dengan keperluannya untuk mempertahankan territori berkeluasan besar yang diduduki oleh berbilang pasangan betina.  Semestinya struktur fizikal sebegitu adalah adaptasi semulajadi yang amat perlu dimiliki oleh jantan Рjantan yang berstatus alpha.

Perlulah diingatkan, melalui penjagaan rapi, murai – murai batu jantan yang sudah dijadikan burung peliharaan, sudah semestinya akan mampu mengekalkan karakter dan perwatakannya seperti semasa ianya masih bebas dihabitat asal. Dan berdasarkan kemantapan daya juangnya semasa dihabitat asal, adalah tidak menghairankan jika MB jantan alpha adalah MB yang paling sukar dan paling lama untuk dijinakkan, tapi pada masa yang sama ianya adalah MB yang paling mudah untuk ‘jadi’.

Justeru itu, adalah tidak tepat untuk melabel MB – MB peliharaan dengan gelaran ‘king’ hanya berdasarkan ketahanan stamina ‘chai’nya, sebab MB king yang sebenar, adalah MB yang bukan sahaja memiliki ketahanan mental dan stamina untuk ‘berperang’ sesama sendiri, malah turut memiliki kemantapan struktur fizikal yang amat perlu untuk memperagakan aksi visual chai yang kelihatan bertenaga dan perkasa bagi membolehkannya memikat pasangan betina.

Bersambung –> Murai Batu ‘king’ ( Bahagian 2 – ciri – ciri fizikal dan karakter Alpha Male)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s