Ulat Roti (Mealworm) Bukan Punca Masalah Kesihatan Murai Batu.

Kandungan chittin lebih rendah pada ulat roti yang baru bersalin kulit ( warna putih) berbanding ulat roti dengan kulit matang ( berwarna coklat)!.

kulit luar (exoskeleton) ulat roti adalah terdiri daripada struktur molekul yang dipanggil ‘chittin’, dan chittin kurang atau hampir tiada kebaikan nutrisinya dan sentiasa dirembeskan sebagai bahan kumuhan (tahi burung).

Pemberian ulat roti (mealworm) dalam jumlah atau kekerapan yang banyak, kononnya tidak baik untuk kesihatan burung murai batu!… itu adalah TANGGAPAN ATAU PERSEPSI YANG KURANG TEPAT.

Apa yang lebih tepat, memberi makan ulat roti pada murai batu dalam jumlah yang banyak dengan kekerapan yang tinggi, tidak akan memberi apa – apa impak negatif pada kesihatan murai batu DENGAN SYARAT, ulat roti itu, bukanlah ‘pathogen carrier’!. ( dijangkiti atau dicemari oleh  mikro – organisma atau sebarang bentuk inanimate pembawa penyakit).

‘Golden rule’ dalam pemberian makanan hidup (live food) pada sebarang jenis haiwan peliharaan adalah sangat mudah untuk diingati, —-> “ live food yang sihat akan menjamin kesihatan, manakala live food yang tidak sihat (tercemar), akan menjadikan haiwan peliharaan turut tidak sihat”. 

Justeru itu, berdasarkan ‘golden rule’ tersebut, ulat roti yang selalunya menjadi punca pebagai penyakit pada murai batu sudah semestinya adalah ulat roti yang tidak optimum kondisi kesihatannya dan dicemari secara luaran mahupun dalaman oleh entiti pathogenic.

Ulat roti pembawa pathogen ini, selalunya diternak dalam persekitaran pembiakan yang tidak sihat yang dicemari pathogen atau diberikan makanan yang tidak berkhasiat dan tercemar (surat khabar, kotak, habuk, sayuran dan buahan mereput dll) mahupun melalui kedua – dua kombinasi tersebut.

Apa yang jelas disini, punca utama kepada penyakit atau masalah kesihatan yang wujud hasil dari pemberian ulat roti pada murai batu, bukanlah disebabkan oleh ulat roti itu sendiri, tapi disebabkan oleh entiti pathogen yang menjangkiti atau mencemari ulat roti melalui persekitaran pembiakannya dan melalui pemakanannya.

Disebabkan itu, jika berkeinginan untuk menjadikan ulat roti sebagai live food utama murai batu, amatlah perlu untuk sentiasa memastikan makanan yang diberikan pada ulat roti adalah dari sumber organik yang segar dan berkhasiat serta kondisi persekitaran pembiakannya, sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang bentuk elemen kekotoran yang boleh menggalakkan pembiakan pathogen.

Selain itu, persepsi kononnya ulat roti adalah ‘panas’, dan akan menyebabkan murai batu menjadi kembang (lethargic) dan tidak cergas jika diberi secara berlebihan, juga adalah persepsi yang kurang tepat.

‘Kepanasan’ tersebut, bukan disebabkan oleh ulat roti itu sendiri, tapi disebabkan oleh kegagalan sistem pencernaan murai batu menghadam nutrien dalam ulat roti terutamanya protein dan lemak. 

Dan kegagalan murai mencerna atau mengurai nutrien, adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin B complex yang amat penting dalam pencernaan atau penguraian protein dan lemak.

Tidak dinafikan, ulat roti bukanlah live food yang paling berkhasiat untuk murai batu, lebih – lebih lagi kandungan lemak ulat roti adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan cengkerik. Pun begitu impak negatif  lemak pada kesihatan murai batu dalam jangka masa panjang, amat – amatlah minimal.

Selain itu, kulit luar (exoskeleton) ulat roti adalah terdiri daripada struktur molekul yang dipanggil ‘chittin’, dan chittin kurang atau hampir tiada kebaikan nutrisinya dan sentiasa dirembeskan sebagai bahan kumuhan (tahi burung) oleh sistem pencernaan burung terutamanya dari spesis insectivorous.

Sungguhpun impaknya tersangat kecil dan boleh diabaikan, pakar – pakar nutrisi avian masih berbeza pendapat tentang kewujudan impak negatif chittin pada kesihatan burung, ada yang mengatakan ianya ada impak minima pada kesihatan burung, ada juga yang berpendapat, ianya tidak memberi apa – apa impak negatif pada kesihatan burung.

Pada hakikatnya, murai batu adalah spesis insectivorous, iaitu burung yang menjadikan serangga sebagai diet utamanya, dan hampir kesemua serangga memiliki exoskeleton yang kaya dengan struktur molekul chittin. 

Atas faktor evolusi, sudah semestinya murai batu sudah dilengkapi dengan sistem pencernaan yang memang efektif untuk merembeskan chittin sebagai bahan kumuhan, dan logikalnya, chittin sepatutnya bukan masalah yang patut dirisaukan, sebab bahan kumuhan tidak akan menjadi punca kepada sebarang bentuk penyakit murai batu melainkan ianya gagal dirembeskan oleh sistem pencernaan( amat – amat minimal kebarangkaliannya untuk berlaku).

Walaubagaimanapun, dengan adanya perbezaan pendapat dikalangan pakar nutrisi avian tentang impak negatif chittin pada kesihatan burung, ada segelintir hobbyist murai batu yang mengambil langkah selamat dengan hanya memberikan ulat roti yang baru bersalin kulit ( berwarna putih seperti dalam gambar) dan meminimumkan pemberian ulat roti yang sudah matang kulitnya ( berwarna coklat) pada murai batu peliharaan mereka.

Langkah selamat itu, kemungkinan besarnya telah disalah tafsir sebagai satu kemestian yang wajib dipatuhi untuk mengelakkan komplikasi pada kesihatan murai batu dan mungkin disebabkan oleh itulah, timbul persepsi atau tanggapan silap bahawa pemberian ulat roti secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan murai batu.

Fakta – fakta yang perlu ditekankan disini yang amat perlu diingati dan difahami oleh para penghobi ialah, ulat roti yang tidak dicemari pathogen dari aspek luaran (persekitaran) dan dalaman (pemakanan) adalah selamat dan tidak mendatangkan sebarang bentuk komplikasi kesihatan  walaupun diberi dalam jumlah yang banyak dengan kekerapan yang tinggi.

Komplikasi kesihatan  yang wujud hasil pemberian ulat roti pada murai batu hanyalah disebabkan oleh pathogen yang menjangkiti atau mencemari ulat roti tersebut serta disebabkan oleh kekurangan vitamin B Complex pada murai batu dan bukannya disebabkan oleh ulat roti itu sendiri.

Jika fakta – fakta ini sentiasa dijadikan pedoman dalam menentu nilai jumlah atau kekerapan pemberian ulat roti pada murai batu, adalah pasti, komplikasi kesihatan yang timbul hasil pemberian ulat roti secara berlebihan tidak akan wujud sama sekali.

Pun begitu, bagi segelintir hobbyist, bukanlah satu perkara mudah untuk sentiasa memastikan kesihatan ulat roti ditahap optimal dan bebas pathogen kerana faktor kekangan masa mahupun kekangan kos, justeru itu mengehadkan pemberian ulat roti pada murai batu,  adalah satu tindakan bijak yang amat besar kemungkinannya turut merugikan dari aspek kesihatan dan ‘performance’ murai batu!.

Pathogen punya kerja, si ulat roti yang dapat nama buruk!!!.☺️

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s